Wednesday, April 24, 2019

Itinerari ke Hua Hin 2019

TRIP KE HUA HIN (13-16 JANUARI 2019) – DAY 1



Zack, Shaz, Jah


Hua Hin boleh dikatakan ‘hidden gem’ di Thailand. Kebanyakan pelancong lebih mengenali Phuket, Krabi, Bangkok, Hatyai. Hua hin terletak di daerah  Prachuap Khiri Khan. Jika dari Bangkok ke Hua Hin menaiki kereta mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pada 28 Mei 2018, Air Asia melancarkan ‘direct flight’ Kuala Lumpur ke Hua Hin (4 kali seminggu). Dengan wujudnya ‘new route’ Air Asia ini memudahkan lagi perjalanan ke Hua Hin.

Trip yang sis pergi kali ini bersama dua lagi rakan sis.  Untuk perjalan ke KLIA2, kami pergi menaiki bas untuk menjimatkan kos. Oleh sebab sis tinggal di Damansara, sis naik bas di One Utama menggunakan perkhidmatan bas Skybus (RM14.50 untuk sehala). Perjalanan dari KLIA2 ke Hua Hin Airport cuma mengambil masa kurang dari 2 jam.

Itinerari ke Hua Hin sis agak mendapat sambutan di FB. Jadi di blog, sis tulis lebih detail. Sebab yang di FB tu ditulis waktu tunggu flight nak balik KL. Tulis terus waktu tu sebab masih fresh. Hahahaha. Disebabkan post sis di FB tu, sampai hari ini masih ramai yang PM dekat FB untuk tanya lebih detail. 

 Tetibe jadi fbfemes kejap 😆


Hua Hin Airport ke Hotel
Selepas urusan imigresen, kami bertiga terus beli simcard di pintu utama Hua Hin Airport. Harga simcard lebih kurang 220 baht. Kami cuma beli satu simcard (share hotspot je). Lepas dah siap beli simcard, kami agak “blur” nak naik apa pergi hotel. Hahahaha. Orang – orang teksi dah sibuk sibuk tanya nak pergi mana. Jangan jadi macam kami, kena bayar 500 baht naik teksi ( padahal dalam 15 min je dari airport ke hotel). Waktu ni lupa langsung nak guna grab. Waktu hari balik tempah Grab harga baru 120 baht dari hotel ke Airport. Jauh bebenor beza harga naik teksi dengan Grab.

Kami stay hotel budget dekat Hua Hin Night Market dalam RM200 untuk 4H3M. Kami book guna website Booking.com.


Aktiviti Hari Pertama di Hua Hin


 Mooz Halal Restaurant Hua Hin

Selepas check in hotel dan solat, kami order Grab pergi ke Mooz Hua Hin – salah satu restoran Halal yang terkenal di Hua Hin. Antara makanan yang kami order tomyum kung, ayam tu lupa nama. Tomyam dia memang kawwww habis.





Dedaun dekat ayam tu sedap jugak



Hua Hin Beach

Kebetulan belakang Mooz Hua Hin, ada pantai jadi kami santai-santai ditepi pantai sementara menunggu Cicada Market buka. Disini sempatlah jugak buat video, tangkap gambar. Siap sempat kena kejar dengan anjing lagi. Hahahaha.






Siap ada volunteers kutip sampah dekat pantai.
Pesanan khidmat masyarakat; Jangan buang sampah di merata tempat!


Cicada Market & Tamarind Market (Dibuka Jumaat-Ahad, 4PM-11PM)

Dari Hua Hin Beach ke sini, kami mengambil Grab. Cicada dan Tamarind Market ini bersebelahan. Kami sampai ke Hua Hin pada hari Ahad. Jadi memang tempat ni wajib dikunjungi kerana ianya dibuka pada hujung minggu sahaja. Hua Hin Night Market pula dibuka setiap malam. Jadi, Cicada dan Tamarind kami utamakan dulu. 

Cicada Market menyediakan pentas muzikal,  live band music kepada pengunjung. Serta menjual accessories, baju, souvenirs.

Tamarind Market pula lebih kepada pelbagai jenis makanan dan minuman. Transaksi jual beli di market ini perlu membeli kupon di kaunter yang disediakan. Jadi untuk membeli makanan dan minuman disini HANYA BOLEH MENGGUNAKAN KUPON yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja.


Ada obor-obor di atas. Hahahah



Jah busy memilih topping aiskrim. Topping ni boleh pilih suka hati nak berapa banyak jenis topping.


Roti Banana sedap 

Live band musical. Memang market ni tempat terbaik untuk relax dan chill




7 Eleven

Dari Market ke Hotel, kami cuba naik tuk tuk. First time kan pergi Thai, cubalah naik Tuk Tuk. Harga dalam 200 baht dari Cicada/Tamarind Market ke Hotel.

Sebelum pergi trip ni, tengok dekat FB ramai kata 7E Thailand punya makanan best. Jadi kami sangat excited nak pergi 7E. Kebetulan pula dekat hotel yang kitorang stay ni ada 2 7E. Singgah 7E beli makanan untuk breakfast esok. Kami borong burger dengan air Meiji. Hahahaha.


Shaz dengan Jah busy memilih nak makan mana satu. Pastikan beli yang ada cop Halal sahaja. 

Inilah hasil shopping kami dimalam hari. Staff 7E akan panaskan burger ni dalam microwave waktu kat kaunter. Semua perbelanjaan cuma guna duit yang kitorang dah asingkan ikut envelope. Bolehlah buat alas perut sebelum bergerak ke Cha-am. 

Kitorang terus bahagikan duit ikut envelope. Jenjalan, makan semua selama 4 hari guna duit ini sahaja. Dan sis dipertanggungjawabkan untuk memegang semua amanah ini. Ini budget per person untuk 4H 3M :


1000 baht- transportation

1000 baht-entrance fee

1000 baht-makan makan

500 baht - hotel



* Dalam RM450.00 seorang tak termasuk shopping ye gais. 



Hari pertama  kami cuma berkunjung di 4 tempat ini sahaja memandangkan tengahari baru tiba disini. Stay tuned untuk entri seterusnya iaitu Hari Kedua kami di Hua Hin.Hari Kedua memang semua port yang insta-worthy gitewww. 



No comments:

Post a Comment

RESEPI KERABU IKAN BILIS

KERABU IKAN BILIS Bahan-bahannya: - Ikan bilis digoreng - 1 batang bunga kantan (dihiris) - Kacang panjang - 2 biji tomato (dip...