Wednesday, July 31, 2019

24 JENIS SAMBAL DI WAROENG SS TTDI

WAROENG SS TTDI


Waroeng Spesial Sambal SS ditubuhkan pada 20 Ogos 2002.  Waroeng SS kini  mempunyai 85 cawangan dari Banten ke Bali, Indonesia. Pada awal tahun ini, Waroeng SS telah meluaskan cawangannya ke Kuala Lumpur Malaysia. Waroeng SS TTDI dibuka pada setiap hari pada pukul 11 pagi sehingga 10.30 malam, kecuali hari Jumaat waktu operasi bermula pada  2.30 petang.

Waroeng SS TTDI cukup terkenal dengan aneka jenis sambal. Disini terdapat 24 jenis sambal yang wajib cuba. Boleh katakan TTDI ni sebagai syurga makanan kerana terdapat banyak cafe dan restoran.

Jadi pada bulan Julai ni, sis dah pergi terjah Waroeng SS ni dua kali. Paling latest, sis pergi semalam.
Waktu pertama kali pergi ke sini tengah bulan Julai pergi berempat. Semalam pergi berdua makan-makan sampai penuh meja.

Jadi setakat ni, sis pernah cuba sambal mangga, sambal tempe, sambal bawang, sambal sichuan dan juga sambal belut. Dah 2 kali pergi, sambal mangga memang wajib pesan walaupon pedas padu tapi sedap. Sambal belut pon sedap juga, sambal sichuan rasa macam bau herba sikit πŸ˜ƒ

Meh sis lanje gambar makanan dan suasan dekat Waroeng SS TTDI.


Yang ni makanan pergi kali kedua (2 orang ). Sampai penuh meja , air terus order 2 sorang sebab sambal mangga tu pedas.
Harga RM58.00

Ini waktu kali pertama datang sini pergi berempat
Harga : RM67.90

Resit waktu pertama kali pergi, resit yang pergi semalam lupa nak snap hahaha


Semalam pergi sempat snap gambar menu 










Pencuci mulut untuk hilangkan kepedasan

Sambal pujaan hati dinda 


Sambal belut 

Sambal Sichuan 

Sambal mangga, sambal tempe,sambal bawang. Ini gambar waktu pertama kali pergi sini


Semalam order ikan keli, telur dadar, cumi(Sotong) goreng tepung, kangkung . Tiberrr teringat lagu cumi cumi . Sotong goreng tu sedapppppppp tapi sikit je portionnya hehehehhehe 




Restoran ni belakang Pasar Besar TTDI 


Birthday girl semalam teringin nak try sambal sambal dekat sini. Dia selalu pergi makan dekat Cibiuk tapi sis tak pernah try lagi Cibiuk. Nanti boleh pergi food hunting sesama lagi. Kalau makan sesama dengan Nadia ni confirm makanan penuh meja tapi habis sebab dua dua kuat makanπŸ˜‹


Waroeng SS TTDI

Instagram : https://instagram.com/waroengss.malaysia?igshid=18n9zj2ugqwsb
FB            : https://www.facebook.com/waroengss.my/
Website    : https://www.waroengss.my/homepage
Alamat     : 41, 43, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala                      Lumpur

Dibuka pada setiap hari pada pukul 11 pagi sehingga 10.30 malam, kecuali hari Jumaat waktu operasi bermula pada  2.30 petang. 




































































































Tuesday, July 30, 2019

BRIDAL SHOWER DI FAROZ CAFE TTDI

FAROZ CAFE TTDI


Faroz Cafe merupakan restoran baru yang dibuka pada Januari 2019. Restoran ini dimiliki oleh Puan Sri Faridah Idris. Melangkah masuk ke dalam restoran ini, sangat terpesona dengan dekorasinya. Dekorasi di restoran ini mengambil inspirasi gaya Eropah Klasik. Sesekali merasa macam kat Eropah padahal KL je pon jadilah. Hahahahah.

Kami berkumpul disini pada pukul 2.30 petang. Semua dari lokasi yang berbeza dari Bangsar, Kepong dan Subang berkumpul di TTDI. Sis memang book awal-awal untuk 4 orang. Gigih ni siap buat tema warna biru lagi tu selepas membuat perbincangan dalam group ws. Hahahaha. Sis book melalui DM dekat IG Faroz Cafe. Boleh check it out instagram for more detail!Makanan dari Faroz Cafe juga boleh order dekat Food Panda, menu Melayu dan Western.

Mari layan gambar suasana di restoran serta gambar kami πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜Š



Antara menu-menu di Faroz Cafe 





Aglio, Carbonara, Lasagna 

Meh close-up sikit gambar makanan yang kami order 


Bride to be (Didie & Fiera) dua dua order Speghetti Carbonara


Jah si pencinta belon order Lasagna (setiap kali event mesti dia sponsor belon)

Sis order Aglio 

Setiap atas meja ada kerepok. Bekas letak keropok pon mewahhh kurlassss gitewwww!!!


Bride to be


Kasi chance sis pon nak posing jugak. Hahahha 




Luar kedai pon sempat posing lagi






Nasib baik waktu kitorang pergi tak ramai sangat orang, Tak segan sangat nak bergambar. Hahahahha

Tengah confuse nak pilih gambar mana nak buat story/ post lah tu. Hahhahaha 
Lepas makan deka Faroz Cafe, sambung bergambar dekat Taman Rimba TTDI. Hehehehhe

Bride to be bersama belon










Alamat : 39, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Waktu operasi : 10.30 pagi hingga 10.00 malam (Ahad dan cuti umum - Tutup) 
Budget : RM25-RM50 per person 

Tuesday, July 16, 2019

RESEPI HONEY BBQ CHICKEN


RESEPI HONEY BBQ CHICKEN





Bahan - bahan  : 

-Tepung gandum/ tepung serbaguna seperti Tepung Bestari
-Serbuk cili
-Garam
-Serbuk lada hitam
-Bawang putih yang dicincang


Cara memasak :

-Gaul ayam dan lumurkan dalam tepung(nak guna tepung bestari, etc pon bole)  dan campur semua bahan.
-Bakar ayam yang dilumur dengan semua bahan pada suhu 220C(45min)
-Lepas 45 min, BBQ sauce + madu setengah cawan letak dekat ayam dan bakar sekali lagi dengan suhu 260C selama 8-10min.


Selepas dibakar selama 45min, lumurkan pula ayam dengan BBQ sos dan madu




                          Selamat mencuba ❤





Monday, July 15, 2019

RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS



RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS



Bahan – bahan :

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Halia
Minyak zaitun
Sos tiram
Sos lada hitam
Madu
Lada hitam
Sedikit air
Mixed herbs

Perap ayam sehari sebelum nak bakar 
Cara Masak :


1.       Blend semua bahan  di atas dan lumur pada ayam
2.       Tabur mixed herbs setelah lumur bahan –bahan yang dikisar
3.       Bakar dalam suhu 200ΒΊC (dalam 1 setengah jam) 


Bersiap sedia untuk dibakar



Seksinya ayam ni hahahhaha

Boleh dihidangkan bersama coleslaw, mashed potato, speghetti, nasi goreng. Yummy !Menu waktu buat makan- makan dekat rumah haritu. Ada lagi satu menu BBQ Honey Chicken akan diupdate kemudian πŸ˜‰


Siap untuk dihidang


Terima kasih sudi membaca dan selamat mencuba πŸ’“

















RESEPI KERABU IKAN BILIS

KERABU IKAN BILIS Bahan-bahannya: - Ikan bilis digoreng - 1 batang bunga kantan (dihiris) - Kacang panjang - 2 biji tomato (dip...