Friday, April 26, 2019

Tempat Makan Sedap dan Menarik di TTDI, KL




Food Hunting di Taman Tun Dr Ismail (TTDI)


Hi gais. Entri kali ini sis nak ajak pergi 'Jalan-Jalan Cari Makan'. Kalau entri sebelum ini makanan sedap di Sungai Buloh, kali ini giliran TTDI pula! Hehehehe. Sementara sis nak siap entri Hari Kedua & Ketiga Hua Hin, proceed yang ini dulu. Sebab scroll gallery phone ternampak banyak gambar makanan. Benda boleh berkongsi buat apa nak simpan . Tiberrr hahahahaha.Senarai tempat makan ini antara tempat yang pernah cuba di TTDI. Okay dimulakan dengan bismillah, jom kita mulakan dengan destinasi pertama:


Super Saigon



Super Saigon merupakan restoran Halal Vietnam yang pertama di Kuala Lumpur.  Restoran ini terdapat juga cawangan di Ampang, Bangsar, Seventeen Mall, dan Sri Hartamas. Waktu pergi sini, sis dan kawan sis lagi sorang (Nadia) order makanan yang ada tulis 'recommendation' kat dalam menu. Dah nama pon 'recommendation' kan mestilah sedap dan ramai orang cuba. Antara makanan yang kami cuba Bun cha- Sauteed Sliced lamb with Lemongrass, Onions & Crispy Spring, Fresh Rice Paper Roll- Tiger Prawn & Veggies, Pho - Special Beef & Sliced Chicken. Dessert kitorang pilih Flan Creme Cramel (Puding karamel nama mudahnya Hahahaha). Minuman pulak sis cuba Pandan Lemongrass, Nadia order Iced Honey Lemon.


Penuh meja , padahal makan berdua je. Dessert waiter hantar lepas siap makan semua ni. Macam vegeterian pulak penuh sayur - sayuran tapi sedap 

Nampak sos pencicah tu macam coklat sekali pandang tapi bukan dia. Hahaha. Sos tu rasa macam kuah Yong Taufu tapi versi pekat ditaburi dengan kacang. 
Puding karamel ni pon sedap. Sis try air pandan lemongrass rasa fresh & wangi je.


Mula mula confuse jugak nak makan Bun Cha ni macam mana. Sempat buka Youtube &  tengok orang  sebelah makan macam mana. Gaul-gaulkan je semua  sayur, daging dengan white rice noodle untuk rasa yang sebati.  Itu pon nak confuse. Hahahaha. Dekat setiap atas meja ada macam sambal dalam bekas kaca. Campur dengan sambal tu buat lagi sedap makan menu ni. 


Encore TTDI


Cafe ini sebaris je dengan Super Saigon. Disini terdapat pelbagai jenis dessert. Meh sini sis kongsikan menu lain yang ada disini.



Antara menu yang sis pernah cuba disini Fish & Chip, Cider Chicken, Blackpepper squid, Chicken mushroom pie, mashed potato. Harga menu cafe ni reasonable dengan portionnya. Makanan pon sedap sedap berbaloi.
 Silakan tengok gambar yang sis sempat snap sebelum makan. Sebelum makan baca doa bukan tangkap gambar ehhh. HAHAHAHA














Fluff Bakery


Fluff bakery pula lebih kepada kek, cookies, cupcake, bomboloni. Restaurant ini sebaris dengan cafe yang paling femes dekat TTDI iaitu Dotty's Pastries & Coffee (tak pernah try sini sebab selalu full, kadang-kadang siap kena beratur kat luar tunggu turn). Sis pernah try beli cupcake dekat Fluff ni. Antara flavour cupcake dekat sini Salted Caramel, Cinnamon Toast, Salted caramel, Seri Muka, Triple Milo, Nutella Red Velvet, Ondeh - Ondeh. 



1 box RM 45
Nia pandang dari jauh

Yad tak sabar nak makan

BAD NEWS GAIS
Popia Basah TTDI

Sepanjang hidup ni makan popia basah tak pernah kena dengan selera. Tapi popia basah Pak Cik kat TTDI ni makan sekali pasti nak lagi. Sedap teramat sangat, beratur panjang pon rela. Popia basah ni jual di tepi jalan (Landmark: berhadapan MC Donald's TTDI). Selalunya Pak Cik ni akan mula berniaga pada pukul 2 lebih, tutup bila dah habis. Kalau pergi pukul 6 memang dah balik Pak Cik ni. Beratur panjang perkara biasa kalau nak merasai popia basah sedap ni.



Pak Cik ini bukan sahaja niaga hari biasa , di bazar Ramadhan TTDI pon ada


Popia ni dah tak terkira banyak kali dah beli. Sekali beli mesti 10 biji ke dan ke atas. Sebab sedap dia tak boleh bawa bincang. Hahaha

Chuen Hainanese Chicken Rice & Noodles

Restoran ini pula ala ala Kopitiam. Menu untuk pagi ada beberapa set sepert Teh O, Kopi O, Roti Bakar, Telur Separuh Masak. Untuk lunch pula, ada pelbagai menu seperti Nasi Ayam dan hidangan noodles seperti Assm Laksa, Ipoh Char Hur Fun. 


Ini waktu first time sis dengan Nadia pergi makan sini. Boleh pilih nak ayam Hainan atau Roasted
Kali kedua makan kat sini, sis cuba makan Ipoh Char Hor Fun. Portion dia agak besar, puaslah makan. Wantan dalam ni pon sedap. Gambar ihsan dari FB page restoran ni.
Assam Laksa tu tak pernah cuba lagi. Maybe next time.
Nyonya Otak- Otak tu pon sedap. Gambar dalam phone lama, jadi boleh tunjuk gambar dari FB page restoran ni jelah. Wantan goreng kat sini pon sedap. 2 kali lunch pergi makan sini, wantan tak pernah missed order. Hahhahaha


Ini pulak gigih pagi pagi sebelum masuk kerja sis dengan Nadia pergi try 'Breakfast Set'

Cerise Alpha

Cerise Alpa ini pulak menawarkan pelbagai jenis cupcakes. Antara cupcakes favourite sis kat Red Velvet & Chocolate. Restoran ini terletak di TTDI Plaza. Kalau sesiapa yang shopping kat butik Naelofar boleh lah singgah sini. Disini jugak cukup 'special' kerana menyediakan 'handcraftes chocolates' .

Kawan sis yang sorang ni penggemar Red Velvet. Bila penggemar Red Velvet kata sedap, maksudnya mestilah sedap. Bawa cupcakes pergi surprise birthday girl sorang ni.


Gambar yang sempat sis snap waktu nak beli cupcakes




Chocolate and Red Velvet Cupcakes. Yummy !

Thank you sudi membaca entri sis kali ini. Banyak lagi tempat - tempat makan dekat TTDI yang best, tak sempat pergi lagi. Sekian.






No comments:

Post a Comment

RESEPI KERABU IKAN BILIS

KERABU IKAN BILIS Bahan-bahannya: - Ikan bilis digoreng - 1 batang bunga kantan (dihiris) - Kacang panjang - 2 biji tomato (dip...