Monday, April 22, 2019

Resepi Egg Drop Soup yang Sedap & Mudah


Resepi Memikat Tekak - Egg Drop Soup


Hi semua!!! Untuk entry kali ni, sis masih mengekalkan momentum makanan. Sebab food is bae.  Kali ini sis share resepi yang paling banyak request  permintaan daripada kawan - kawan bila post story dekat Instagram & Whatsappp. Menu ini simple, sedap dan mudah .Sesuai juga dimakan waktu sihat dan kurang sihat. Hehehehe. Kepada yang nak cuba jom kita tengok bahan - bahan dan caranya:


Gambar ni kali kedua sis buat telur jatuh sup egg drop soup. Kali pertama buat tak sempat tangkap gambar sebab tak sabar nak makan. Hahahaha

Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 2 kiub stok ayam
- 3 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan air)
- 1 sudu kecil garam
- Daun bawang, crab stick, mix vegetables (jika mahu) *optional
- 1 inchi halia yang dihiris 


Cara-cara:
1. Masukkan air, letak 2 kiub stok ayam, halia yang telah dihiris ke dalam periuk.
2. Masukkan crab stick, mix vegetables (optional)
3. Pecahkan 3 biji telur dan kacau didalam bekas.
4. Masukkan telur yang telah dikacau perlahan-lahan ke dalam periuk.
5. Sambil masukkan telur ke dalam periuk perlu kacaukan.
6. Masukkan tepung jagung, kicap dan kacaukan perlahan lahan.
7. Dah siap masak boleh taburi daun bawang.


Selamat mencuba gaisssss. Untuk entri seterusnya trip ke Hua Hin sebab ramai yang request nak lebih detail dari yang dalam FB. Insha Allah, sis akan usahakan.




1 comment:

RESEPI KERABU IKAN BILIS

KERABU IKAN BILIS Bahan-bahannya: - Ikan bilis digoreng - 1 batang bunga kantan (dihiris) - Kacang panjang - 2 biji tomato (dip...