Sunday, April 14, 2019

Tempat Makan Menarik dan Sedap di Sungai Buloh, Selangor


Sungai Buloh Syurga Makanan 


Sungai Buloh cukup terkenal kerana mempunyai banyak tempat makan yang menarik. Sama ada gerai gerai atau pon restoran. Bukan hanya makanan Melayu yang popular di Sungai Buloh bahkan western, Thai dan juga Minang tidak kurang hebatnya. Disini sis senaraikan antara tempat yang sis selalu pergi di Sungai Buloh.

1. Daughter's Kitchen 

Restoran ni cukup terkenal dan viral sekali dengan Ais Kepal Milo. Sis sendiri pon sampai dah tak terkira berapa kali pergi sini. Lebih lah dari 6 kali yang pastinya. Disini, bukan sahaja Ais Kepal Milo nya yang sedap. Antara menu yang sis recommend ialah Mee Udang. Mee Udang banyak pilih nak Mee Udang Banjir pon ada penuh udang udang didalam pinggan dengan harga yang sangat berpatutan. Ais Kepal Milo disini memang tebaik, pernah cuba makan Ais Kepal di beberapa tempat lain tapi yang ni tetap paling padu.



2. Warung Che Bunga

Kedai ni pula cukup terkenal dengan pelbagai aneka makanan Kelantan. Terdapat pelbagai makanan seperti Nasi dagang, nasi kerabu, nasi ala Kak Wok tapi disini panggil Nasi Che Bunga, bihun goreng, laksam, nasi Komok dan aneka kuih muih. Teh Tarik Madu antara minuman yang cukup terkenal disini. Sis hidangkan gambar makanan yang sis pernah try dan sedap sedap belaka.







3. Warung Mek Kelate

Warung ni pulak sebaris dengan Warung Che Bunga, Bihun Sup Drakula (tapi setakat ni tak pernah try lagi makan dekat Bihun Sup Drakula). Kat sini tengahari pon dah boleh order masakan panas. Antara air yang menjadi pilihan ramai ialah Air jagung dan bandung cincau. Dah nama pon Warung Mek Kelate, wajib cuba Mee Celup kat sini. Ni hasil tangkapan gambar waktu pergi kesini dah 2 kali heheheh.

      Ni lah masakan panas yang sis try Sup Tulang, Tomyam campur, Ayam Goreng Kunyit, Daging Masak Merah, Kailan Ikan Masin.


Mee Celup Warung Mek Kelate. Kuih Peria dan roti tu beli dari Warung Che Bunga

4. Sate Minang Pak Yat Paya Jaras

Sate ayam, daging dah selalu makan. Sesekali bolehlah ubah selera makan Sate Minang. Kat sini bukan sedar ada sate je, makanan lain pon ada. Antara menu lain macamm bakso, gado-gado. Yang paling wajib cuka ofcourselah Jus Alpukat (jus Avocado). Tahun ni tak pergi lagi sini, rindu betul nak makan sate dengan Jus Alpukat yang sedap tu. 


Anak buah sis yang 3 tahun ni pon suka bangatttt sama sate Minang ni 


Atas ditaburi keropok keropok dan dilimpahi dengan kuah sate. Selalu makan sate biasa kuah asing. Ni kuah, sate, keropok bergabung meletopp. Sate pon ada aneka jenis sate boleh pilih ikut selera masing-masing.



Jus Alpukat 


Banyak lagi list tempat makan best Sungai Buloh. Setakat ni yang ni je sis selalu pergi. Banyak lagi list yang belum pergi. Nak kena kosongkan perut kalau pergi ke Sungai Buloh. Dari pagi ke malam pon belum tentu boleh habiskan tempat tempat  makan best kat sini.




No comments:

Post a Comment

RESEPI KERABU IKAN BILIS

KERABU IKAN BILIS Bahan-bahannya: - Ikan bilis digoreng - 1 batang bunga kantan (dihiris) - Kacang panjang - 2 biji tomato (dip...