1000 Sook Food and Farm |
Baru ada masa nak update Hari Kedua ke Hua Hin. Selamat Menyambut Hari Pekerja !So here we go!
Hari Kedua kitorang decide untuk pergi ke daerah Cha-Am. Beberapa bulan sebelum pergi Hua Hin, pernah tanya mengenai servis kereta sewa disana dekat group FB "Amazing Hua Hin" . Ramai yang suggest orang ni, ni link FB nya https://www.facebook.com/goy.stronger
Pemandu kereta yang kitorang dapat Kop namanya, pemalu sikit orangnya. Hahahaha
Waktu first day sampai Hua Hin, baru pm orang tu dekat FB tanya harga. Waktu mesej bagi list tempat iaitu Santorini Park, Camel Republic, Swiss Sheep Farm, 1000 Sook and Farm, Mrigadayavan Palace. Harganya sebanyak 1800 baht perjalanan bermula 10 pagi hingga 6 petang, kami request sekali driver. Tapi kami hanya pergi 3 tempat sahaja iaitu Santorini Park, Camel Republic dan 1000 Sook and Farm. Swiss Sheep Farm dan Mrigadayavan Palace kitorang tak pergi sebab dah rasa penat sangat , first time rasa penat sangat bergambar. Hahahahah.
Sebenarnya banyak lagi tempat Menarik di sekitar Cha-am & Hua Hin yang kitorang tak cover antaranya ialah :
The Venizia
Mrigadayavan Palace
Rajabakhti Park
Bluport Hua Hin
Monsoon Valley Vineyard
Khao Takiab Beach
Sam Phan Nam Floating Market
Phraya Nakhon Cave
Baan Sillapin Artists Village
Pesanan Khidmat Masyarakat : Pastikan anda membawa tripod untuk memudahkan proses bergambar (WAJIB)
Santorini Park
Pada hari Kedua, kitorang cuma breakfast roti yang dibeli dekat 7Eleven untuk alas perut. Pada pukul 10 pagi. Perjalanan dari Hua Hin ke Cha am mengambil masa selama 40 minit. Destinasi pertama kami di Cha-Am ialah Santorini Park. Santorini Park ini taman tema yang bertemakan ala- ala Santorini, Greece. Disini banyak tempat - tempat yang cantik untuk bergambar. Kitorang dekat sini nak delat 3 jam bergambar non- stop. Hahahahha. Sedikit info mengenai Santorini Park:
Dibuka : Setiap Hari
Isnin hingga Jumaat dibuka pada 9.30 pagi hingga 6.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Rasmi Thailand dibuka 9 pagi hingga 6.30 petang
Harga tiket : 150 Baht (RM20)
1000 Sook Food and Farm
Selepas 3 jam bergambar sakan dekat Santorini Park, perut pon berkeroncong. Jadi kitorang mintak Kop bawak kitorang pergi kedai makan. Sebelum pergi Hua Hin memang dah survey nak makan dekat mana kalau pergi Cha-am. Jadi kitorang pergi Kedai Makan A Bang Mana. Untuk lebih detail mengenai 'Makanan Halal di Hua Hin & Cha-am', sis akan buat satu entri fokus pasal ini.
Selepas kekenyangan, kitorang mulakan misi bergambar lagi. Destinasi kedua 'insta-worthy' di Cha-am ialah 1000 Sook Food and Farm. Sook bermaksud ''happiness". Tempat ini mengambil inspirasi dari " American-style farm''. Disini bukan sahaja tempat bergambar malahan boleh memberi makan kepada biri-biri. Disini juga ada menyediakan kostum kepada kanak-kanak.
Dibuka : Setiap Hari
Isnin hingga Jumaat dibuka pada 8.00 pagi hingga 8.30 malam
Sabtu & Ahad dibuka 8.00 pagi hingga 9.00 malam
Harga tiket : 50 Baht (RM7)
Camel Republic
Dibuka : Setiap Hari (Closed during Labor Day)
Isnin hingga Jumaat dibuka pada 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu, Ahad dibuka 9 pagi hingga 6.30 petang

Tunggu turn nak bergambar sini, sebelum turn kitorang tu sempat setting tripod dulu. Hahahaha |
Tak janji sebenarnya nak pakai warna ala ala sama. Hotel yang kitorang stay tak sediakan iron. Confident je pakai baju & tudung yang tak iron selama 4 hari dekat sanaπ |
Cuaca kat sini panas. Lebih panas dari Malaysia |
Ehh tersama warna dengan sotong kurita π |
Selepas 3 jam bergambar sakan dekat Santorini Park, perut pon berkeroncong. Jadi kitorang mintak Kop bawak kitorang pergi kedai makan. Sebelum pergi Hua Hin memang dah survey nak makan dekat mana kalau pergi Cha-am. Jadi kitorang pergi Kedai Makan A Bang Mana. Untuk lebih detail mengenai 'Makanan Halal di Hua Hin & Cha-am', sis akan buat satu entri fokus pasal ini.
Selepas kekenyangan, kitorang mulakan misi bergambar lagi. Destinasi kedua 'insta-worthy' di Cha-am ialah 1000 Sook Food and Farm. Sook bermaksud ''happiness". Tempat ini mengambil inspirasi dari " American-style farm''. Disini bukan sahaja tempat bergambar malahan boleh memberi makan kepada biri-biri. Disini juga ada menyediakan kostum kepada kanak-kanak.
Dibuka : Setiap Hari
Isnin hingga Jumaat dibuka pada 8.00 pagi hingga 8.30 malam
Sabtu & Ahad dibuka 8.00 pagi hingga 9.00 malam
Harga tiket : 50 Baht (RM7)
Camel Republic
Destinasi terakhir kami di Cha-am ialah Camel Republic. Tempat ini berkonsepkan ''Moroccan-inspired amusement park & zoo featuring rides, animal encounters & a 4D theater''. Sampai sahaja disini, kitorang mencari kerusi nak berehat letih sangat bergambar dekat 1000 Sook. Jadi rehat-rehat sekejap selepas 40 minit baru berjalan-jalan di sini. Disini, tempat yang kitorang excited nak pergi tengok Flamingo. Sis orang yang paling excited sekali nak jumpa Flamingo. Tapi sempatlah jugak kitorang bagi makan kat unta, sementara nak sampai ke bahagian Flamingo.
Untuk bayaran masuk ke tempat Flamingo dan memberi makan perlu bayar lagi. Sebab tak termasuk dalam entrance fee. Tapi tak mahal sangatlah, lupa record harganya dalam phone note. Haiwan lain yang terdapat disini seperti Zirafah, biri-biri, unta.
Isnin hingga Jumaat dibuka pada 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu, Ahad dibuka 9 pagi hingga 6.30 petang
Harga tiket : 150 Baht (RM20)
Jah je masih bertenaga nak posing waktu ini |
Selepas selesai berkunjung di Camel Republic, kitorang terus bergerak balik ke Hua Hin. Sebelum sampai Hotel, suruh Kop berhenti dekat 7 Eleven. Pada malamnya pula, kami pergi ke Hua Hin Night Market. Dari hotel ke Hua Hin Night Market tak jauh jalan kaki tak sampai 5 minit.
Sekian, trip kami untuk hari Kedua. Hari Kedua paling banyak bergambar dan hari yang paling letih. Padahal letih bergambar je pun. Nantikan next entri Hari Ketiga di Hua Hin, serta entri khas 'Makanan Halal di Hua Hin' . Terima kasih yang sudi membaca ✌ππ