Sunday, June 30, 2019

Makanan Halal di Hua Hin, Thailand- Trip 2019


Makanan Halal di Hua Hin, Thailand - Trip Jan 2019


1. Mooz Hua Hin

Tempat pertama yang kami pergi makan disini iaitu Mooz Hua Hin. Selepas check in hotel, dah kelaparan sangat. Sebelum pergi bercuti ke sini, memang survey blog-blog orang mengenai makan halal disini. Ramai yang suggest tempat ini. Ada pelbagai menu disini. Kami order ayam dengan tomyam ni, besar jugak tomyam ni untuk 3 orang makan. Tomyam tu kawwwwww sedap. Dedaun dekat ayam tu sedap. Hahahaha.


Model tak berbayar

Selepas selesai je makan dekat sini, kami pergi pantai belakang restoran ni.


2. 7 Eleven

7 Eleven dekat Thailand ada merata rata. Berhampiran dengan hotel kitorang pon ade 3 7 Eleven. Ini lah port pergi beli makanan breakfast & makanan tengah malam kalau lapar. Hahahahha. Hari hari memang pergi 7 Eleven sepang 4H3M dekat sini






3. Kedai Makan Belakang Hua Hin Railway Station

Hari ketiga makan tengahari berhampiran dengan Hua Hin Railway Station, all out habis makan banyak. Dekat kedai ini anda pilihan set. Yang kitorang order ni ada tomyam, telur dadar, dan sayur goreng.

Lepastu kitorang order roti banana coklat, kerabu megi sebagai tambahan. Air teh ais, green tea tu kawww sedap. Makanan pon sedap semua. Harga makanan disini lebih murah dari Mooz Hua Hin. Owner kedai ni pandai cakap Melayu. Bersebelahan dengan kedai makan ni, ada jugak macam kiosk jual Nasi Khao Mok ala Nasi Ayam.







4. Kedai Makan A Bang Mana, Cha-am (Belakang Swiss Sheep Farm)

Waktu hari kedua dari Hua Hin, kami pergi ke kawasan Cha-am. Kedai ni pula terletak di belakang Swiss Sheep Farm. Ada pelbagai lauk-lauk untuk makan tengahari. Peniaga ini pon boleh bercakap bahasa Melayu. Harga makan untuk kitorang bertiga dalam RM 20 lebih je.


5. Berhadapan Plearnwarn Eco Village

Waktu pergi berkunjung ke Plearnwarn Village Market, ternampak ada gerai yang menjual makanan.
Ada logo Halal Thailand, selepas selesai jalan jalan dan shopping di Plearnwarn kami beli disini untuk makan malam. Nasi Khao Mok tu dalam RM5 sebungkus.





6. Chatsila Night Market

Waktu malam pergi jalan jalan pasar malam ternampak ni. tapi perut dah kekenyangan makan Nasi Khao Mok. 


No comments:

Post a Comment

RESEPI KERABU IKAN BILIS

KERABU IKAN BILIS Bahan-bahannya: - Ikan bilis digoreng - 1 batang bunga kantan (dihiris) - Kacang panjang - 2 biji tomato (dip...