Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa semua.
Hari ini sis nak share 1 Apps yang agak baru. Terima kasih
Nadia bagitahu pasal Apps ni dekat group ws pagi tadi. Nak perkenal Apps ‘’ OhFreeFood’’ yang bermula pada Januari, 2019. Hampir 5 bulan sudah kewujudannya tapi sis baru
tahu. Setakat sekarang baru 2200 orang
yang install Apps ini.
Apa Itu ‘’OhFreeFood’’
?
Aplikasi ini membolehkan penggunanya berkongsi dan mendapatkan
makanan secara percuma. Cara paling senang untuk berkongsi rezeki ataupun
sedekah kepada insan yang memerlukan. Dengan platform ini kita dapat melakukan
amal semudah 123, semuanya berada dihujung jari anda!
Pemberi makanan boleh menentukan dimana penerima makanan
harus mengambil makanan sama ada di rumah atau pon tempat yang tertentu yang
ditetapkan.
Aplikasi ini boleh download melalui
Playstore & AppleStore. Official website di http://www.ohfreefood.com/
Terdapat kategori
makanan yang dikhususkan seperti Daging, Ayam, Ikan, Vegetarian, Buah-Buahan
dan Lain-Lain.
Sekian perkongsian dari saya. Marilah beramai-ramai ‘Install Apss OhFreeFood’ agar dapat
dikenali dan digunakan secara menyeluruh di Malaysia. Sejujurnya Apps ini sangatlah memberi
kemudahan untuk kita berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukannya. Terima kasih sudi membaca.
No comments:
Post a Comment