Tuesday, May 7, 2019

OhFreeFood-Aplikasi Memberi/Sedekah dan Menerima Makanan



Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa semua.

Hari ini sis nak share 1 Apps yang agak baru. Terima kasih Nadia bagitahu pasal Apps ni dekat group ws pagi tadi. Nak perkenal Apps ‘’ OhFreeFood’’ yang bermula pada Januari, 2019. Hampir 5 bulan sudah kewujudannya tapi sis baru tahu. Setakat sekarang baru 2200 orang yang install Apps ini.

Apa Itu ‘’OhFreeFood’’ ?

Aplikasi ini membolehkan penggunanya berkongsi dan mendapatkan makanan secara percuma. Cara paling senang untuk berkongsi rezeki ataupun sedekah kepada insan yang memerlukan. Dengan platform ini kita dapat melakukan amal semudah 123, semuanya berada dihujung jari anda!
Pemberi makanan boleh menentukan dimana penerima makanan harus mengambil makanan sama ada di rumah atau pon tempat yang tertentu yang ditetapkan.

Aplikasi ini boleh download melalui Playstore & AppleStore. Official website di http://www.ohfreefood.com/




Terdapat kategori makanan yang dikhususkan seperti Daging, Ayam, Ikan, Vegetarian, Buah-Buahan dan Lain-Lain.








Sekian perkongsian dari saya. Marilah beramai-ramai ‘Install Apss OhFreeFood’ agar dapat dikenali dan digunakan secara menyeluruh di Malaysia.  Sejujurnya Apps ini sangatlah memberi kemudahan untuk kita berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukannya. Terima kasih sudi membaca.

RESEPI KERABU IKAN BILIS

KERABU IKAN BILIS Bahan-bahannya: - Ikan bilis digoreng - 1 batang bunga kantan (dihiris) - Kacang panjang - 2 biji tomato (dip...