Waroeng Spesial Sambal SS ditubuhkan pada 20 Ogos 2002. Waroeng SS kini mempunyai 85 cawangan dari Banten ke Bali, Indonesia. Pada awal tahun ini, Waroeng SS telah meluaskan cawangannya ke Kuala Lumpur Malaysia. Waroeng SS TTDI dibuka pada setiap hari pada pukul 11 pagi sehingga 10.30 malam, kecuali hari Jumaat waktu operasi bermula pada 2.30 petang.
Waroeng SS TTDI cukup terkenal dengan aneka jenis sambal. Disini terdapat 24 jenis sambal yang wajib cuba. Boleh katakan TTDI ni sebagai syurga makanan kerana terdapat banyak cafe dan restoran.
Jadi pada bulan Julai ni, sis dah pergi terjah Waroeng SS ni dua kali. Paling latest, sis pergi semalam.
Waktu pertama kali pergi ke sini tengah bulan Julai pergi berempat. Semalam pergi berdua makan-makan sampai penuh meja.
Jadi setakat ni, sis pernah cuba sambal mangga, sambal tempe, sambal bawang, sambal sichuan dan juga sambal belut. Dah 2 kali pergi, sambal mangga memang wajib pesan walaupon pedas padu tapi sedap. Sambal belut pon sedap juga, sambal sichuan rasa macam bau herba sikit π
Meh sis lanje gambar makanan dan suasan dekat Waroeng SS TTDI.
Yang ni makanan pergi kali kedua (2 orang ). Sampai penuh meja , air terus order 2 sorang sebab sambal mangga tu pedas. Harga RM58.00 |
Ini waktu kali pertama datang sini pergi berempat Harga : RM67.90 |
Resit waktu pertama kali pergi, resit yang pergi semalam lupa nak snap hahaha |
Semalam pergi sempat snap gambar menu
Pencuci mulut untuk hilangkan kepedasan |
Sambal pujaan hati dinda |
Sambal belut |
Sambal Sichuan |
Sambal mangga, sambal tempe,sambal bawang. Ini gambar waktu pertama kali pergi sini |
Semalam order ikan keli, telur dadar, cumi(Sotong) goreng tepung, kangkung . Tiberrr teringat lagu cumi cumi . Sotong goreng tu sedapppppppp tapi sikit je portionnya hehehehhehe |
Restoran ni belakang Pasar Besar TTDI |
Instagram : https://instagram.com/waroengss.malaysia?igshid=18n9zj2ugqwsb
FB : https://www.facebook.com/waroengss.my/
Website : https://www.waroengss.my/homepage
Alamat : 41, 43, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dibuka pada setiap hari pada pukul 11 pagi sehingga 10.30 malam, kecuali hari Jumaat waktu operasi bermula pada 2.30 petang.