Hari Pertama : Kota Kinabalu - Kundasang ( 4 Ogos 2019)
Alhamdulillah, pada 4 Ogos baru ni berpeluang menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu-Kundasang buat kali kedua. Walaupon pernah pergi 2 tahun yang lepas, tetap excited macam pertama kali pergi dulu.Tapi trip kali ni special sebab ada kakak, adik, jiran, kawan, adik kawan yang join sekali. Dapatlah merasa pergi bersama-sama ke Negeri dibawah Bayu ni dengan diorang.
Untuk trip ini, sis yang menguruskan semua tempat penginapan, tempat untuk berkunjung, restoran dan pengangkutan (dah boleh jadi travel agent dah kot๐). Untuk tiket flight, kami beli waktu bukan promosi so agak mahal lah sikit RM295. Ticket flight kami ambil yang paling awal sekali pukul 5.45 pagi, so sampai sana dalam pukul 8 lebih. Pickup kereta sewa dekat airport, kami guna service
Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd boleh tengok website ni
http://www.globallepa.com/
Kami sewa kereta sewa Alza RM 480 untuk 3H2M, deposit bayar sebelum pergi ke Sabah RM100, baki RM380 bayar sewaktu di KKIA.
|
Sampai KK hari dah cerah. Waktu nak landing ni tetibe cuaca tak berapa nak elok menyebabkan flight kena pusing-pusing di udara sebelum dapat signal untuk landing. Rasa macam naik roller coaster lah kejap bile tetibe flight tu tak jadi landing., pandang tepi tingkap dekat area laut pulak tu. Hehehehe |
Pitstop pertama kami selepas isi minyak ialah
Restaurant
Taufik 2. Kami breakfast disini, makanannya pon sedap sedap. Sebelum pergi sini memang dah search dekat blog2 orang. Taraaaa inilah yang kami order Nasi Lalap Peha Ayam, recommended disini ialah Bakso dan Rojak.
|
Nasi Lalap Peha Ayam RM10 . Total makanan dan minuman untuk 6 orang RM68.80 |
|
Nasi ayam, sup campur |
Kami meneruskan perjalanan ke Jambatan Tamparuli, sebab nak pergi ke Kundasang memang kena lalu sini. So apa lagi singgah lah sini dah alang-alang lalu tu kan.
Perjalanan diteruskan lagi, kami singgah sebentar di Pekan Nabalu. Suka betul view dekat Lockout Point Gunung Kinabalu ni. Dekat Pekan Nabalu ni ada banyak soevenir yang boleh dibeli.
|
Kasi chance sis posing sikit. Hahaha |
|
Gambar adik beradik |
|
Dapat jugak travel sesama |
Shopping di Pekan Nabalu
Ada macam-macam jenis kerepek, souvenir, buah - buahan pon ada disini. Terdapat beberapa kedai souvenir. Mulanya kami masuk ke kedai souvenir macam rumah kayu panjang, tetapi mahal - mahal dalam tu. Jadi kami shopping kedai di belakang Lockout Point kerana harga lebih murah dan berbaloi.
|
Souvenir di dalam ni agak mahal, jadi kami jalan-jalan je lah masuk. Hahahhah |
|
Buah nenas tu manis |
|
Disebabkan musim durian, sepanjang perjalanan ke Kundasang memang banyak durian pelbagai jenis isi merah, kuning, oren semua ada |
Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang
|
Bergambar kenangan di Pekan Kundasang. Angin punyalah kuat kat sini. |
|
Beli avocado cheese, buah tarap dan keropok ubi madu di Pekan Kundasang |
|
Buah-buahan di Pekan Kundasang |
Taraaaaaaa, dah sampai pon dekat persinggahan kami untuk semalam. Kami stay di Mesilou Cliff.
|
Kami stay di Chalet 1, Mesilou Cliff, RM300 semalam |
|
Punyalah sejuk malam siap pakai sweater |
|
Boleh BBQ jugak dekat sini |
Lepas hantar barang , kami keluar pergi beli barang masak untuk makan malam dan breakfast esok
|
Singgah beli barang dekat sini dalam 10minit dari homestay. Superstore ni nampak banyak dekat area KK pon ada
|
|
View makan steamboat kat balkoni chalet sambil dengan deruan air sungai |
|
Tengok ICSYV2 sambil makan keropok ni. Sedap sangat keropok ubi kayu madu ni. Waktu kat Kundasang rasa macam masa lambat je berlalu, nak tunggu pukul 9 pon rasa macam lama je. Hahahhaha |
|
Sempat beli Boba di Golden Fish, di Bataras Superstore. View dari homestay kami di Mesilou. Gigih nak jugak gambar gini walaupon angin kuat gilerr |
|
Sejuk sejuk makan steamboat punyalah nikmatnya |
Sepanjang perjalanan dari Jambatan Tamparuli ke Kundasang tepi jalan banyak jual durian(sebab musim durian), sinalau bakas (roasted babi hutan). Singgah nak beli durian boleh, jangan pulak singgah nak beli Sinalau Bakas bagi yang Islam tu.
BUDGET PER PERSON SELAMA 3H2M sebanyak RM450 (TRIP 6 ORANG)
1. Kereta sewa- Ambil kereta sewa dari Global Lepa Car Rental-Alza) RM80
Contact person: 014-6261836
2. Minyak kereta
: RM13
3. Penginapan di Kundasang : (Mesilou Cliff, contact person : 016-586 8352 ) RM50
4. Penginapan di Kota Kinabalu : (Windaz Guest House Sutera Avenue, RM38
book di Booking.com, contact person : 014-866 4466 )
5. Makan: RM126
Entrance fee: Desa Cattle Dairy Farm RM5
Be Wonderland
RM25
Peak of Hope
RM20
Manukan Island
RM31
Conservation fee- masuk pulau RM5
Parking/ Lain-lain
: RM12
Grab : Home-KLIA2-Home : RM45